Friday 8 April 2016

Niger Bukan Nigeria

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, terima kasih diucapkan untuk para pembaca yang sudi menjenguk blog kami ini. Insya-Allah saya selaku tuan tanah ketiga untuk blog ini, turut mempunyai sedikit perkongsian tentang perbezaan budaya dan pengenalan kepada sebuah negara yang  kami telah didedahkan dalam pertemuan kedua kami dengan seorang brother yang sangat sporting dan terbuka untuk berkongsi sedikit pengetahuan tentang negaranya dan dalam tidak sedar telah menjadi duta kecil secara tidak langsung. Beruntung sungguh jikalau ada pemuda yang sebegini dalam semua acara. Senang nak promosikan acara atau apa pun, maklumlah suka mempromosikan isu. Huuuuuu~~

Baiklah, sebelum saya mengupas tentang apa yang telah dibincangkan dan dikongsikan bersama kami, moleklah sekiranya saya dedahkan kepada pembaca sekalian, siapakah gerangan brother yang semangat sangat jadi duta kecil tak bertaja itu.

 
Attani Makada Abdoul Aziz 
Major in Political Science,IIUM
1st Year 2nd Sem Student.

Okay. Inilah Abdoul Aziz atau lebih mudah dikenali dengan Aziz. Pada awal pertemuan, beliau nampak agak kekok dan nampak tidak sebegitu mesra tambahan lagi hanya seorang sahaja daripada kami yang pernah bersua muka dengan beliau sebelum ini. So agak krik krik krik sikit lah, Tapi setelah berjabat tangan dan sedikit taaruf ringkas sesama kami, Aziz mula menunjukkan bakat mempromosinya itu dan lebih terbuka. Selaku penanya soalan pada pertemuan itu, saya secara peribadinya rasa lebih berkeinginan dan teruja dengan apa yang bakal diceritakan oleh Aziz. Untuk memudahkan pemahaman apa yang kami bincangkan , saya akan jelaskan kronologi perbincangan ini di berdasarkan soalan yag telah dituju kepada Aziz dan jawapan berdasarkan apa yang diberitahu oleh beliau tetapi telah diubah dari segi susunan ayat. Yukkkk follow perbincangan kami.??


Ceritakan secara ringkas kepada kami tentang negara kamu? Maksudnya dari segi lokasi, pentadbiran, politik, ekonomi, dan sebagainya?

  • "Saya berasal dari Niger. Bukan Nigeria". Itulah antara bait-bait kata pertama yang keluar dari muut Aziz sebaik sahaja memulakan sesi penceritaan. Kebanyakan orang akan tersilap tentang Niger dan Nigeria sedangkan kedua negara ini berbeza. Niger berdekatan dengan Nigeria tetapi bukan sebahagian dari Nigeria sebaliknya sebuah negara yang bebas. Apa yang membezakan Niger dan Nigeria ialah, Niger telah dijajah oleh Perancis manakala Nigeria oleh British. Disebabkan itu juga, Niger menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa utama dan bahasa harian di dalam negara mereka. Dari segi pentadbiran pula, Niger menggunakan demokrasi berparlimen mengikut sistem Perancis. Ini bermakana mereka mempunyai Presiden dan juga Perdana Menteri.Pilihan raya diadakan 5 tahun sekali dan Presiden di Niger hanya boleh memegang jawatan selama  2 penggal berturut-turut sahaja. Setakat ini, Niger mempunyai 16 parti politik. Niger juga lagi besar daripada Nigeria. Rakyat di Niger kebanyakkan berasal dari puak-puak yang berbeza. Di Niger terdapat 7 puak utama dan puak inilah yang menjadi tunjang kekuatan Niger. Antara puak-puak tersebut ialah Hausa, Zharma, Fulani, Taurag, dan selebihnya. Dari segi ekonomi pula, sumber utama ekonomi di negara itu ialah minyak diikuti dengan pertanian. Namun begitu, Aziz mengakui bahawa negaranya bukanlah negara yang sedang membangun sepenuhnya dan pernah direkodkan sebagai negara yang paling korup. 


Bagaimana dengan budaya masyarakat di Niger, like what are the typical Niger act and behave? Adakah anda mempunyai body language dan sign yang tertentu?
 
  • Secara asasnya boleh dikatakan budaya atau sikap orang Niger adalah hampir sama. Kebanyakan dari mereka tidak mempunyai sifat malu yang melampau. Boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai fikiran yang terbuka dan tidak sama dengan budaya di Malaysia yang sukar untuk menjumpai orang yang terbuka. Kebanyakan kawan-kawan saya di Malayia mereka yang dari bandar sahaja yangg mudah untuk menerima orang lain berbeza dengan mereka yang datang dari kampung. Begitulah lebih kurang. Dari segi bahasa badannya pula, tidak banyak sangat menggunakan bahasa badan dan sign. Tetapi setelah samapai di Malaysia , cara salam orang Melayu yang mencium tangan orang yang lebih tua macam agak janggal bagi orang Niger. Hal ini kerana, di Niger kami biasanya tidak akan bersalaman dan mencium tangan, hanya sekadar mengangkat tangan dan meletakkannya di dada. Tidak kira kepada golongan muda atau tua action itu menunjukkan yang mereka hormat antara satu-sama lain. Tetapi di Niger, disebabkan rakyat datangnya dari puak yang berbeza-beza, masalah perbezaan puak akan sentiasa berlaku. Ini termasuklah jika ssesuatu pauak itu bertanyakan puak lain akan arah sesuatu tempat, mereka yang menjawabnya hanya akan menjawab acuh tak acuh hanya kerana mereka berbeza pauak. Aziz mengakui bahawa racism or tribism di Niger sangat serius.

Berapa ramai Muslim di Niger dan bagaimana tahap penerimaan terhadap perbezaan agama di sana?
  • Niger hampir 90% pendudukna beragama Islam. Hanya 10% yang lain-lain agama tetapi kebiasaanya yang orang yang bukan beragama Islam ini mereka tidak mempunyai agama sembahan. Mereka tidak beragama. Christian pula sangat sedikit, sehingga sebuah negara itu hanya mempunyai hanya satu gereja. Penerimaan terhadap  mereka yang tiada beragama boleh dikatakan okay. Tidak memksa mereka untuk memeluk Islam.

Aziz belajar di sini dengan biasiswa atau tanggungan dari keluarga sendiri? Bagaimana sistem pelajaran di sana?
  • Aziz ke sini dengan tanggungan dari keluarganya. Sistem pendidikan di Niger adalah seperti berikut; 
  1. Primary - 7 tahun- 12 tahun
  2. College- 13 tahun- 16 tahun
  3. Secondary - 17 tahun-19 tahun
  4. University- degree 3 tahun
        Agak lama sistem pendidkan di sana. Tetapi walaupun lama, di Niger pendidikan diraikan oleh itu  pendidikan percuma diberikan kepada semua rakyat dari sekolah rendah sehingga universiti. Sebab itu juga, keluarga saya mampu untuk menanggung saya di sisni, kerana adik-beradik yang lain mendapat pendidikan percuma oleh  kerajaan. Universiti di Niger banyak terdapat di ibu negara. Kiranya semua kampus utama berda di ibu kota. Namun begitu, setiap negeri mepunyai setiap cawangan dari univesiti-universiti itu.

Bagaimana dengan makanan? Do you have any special food ?
 
  • Makanan di sini tiada yang special. Tetapi, kebiasannya kami memakan spaghetti, kerana spaghetti dari negara mereka merupakan negara pengeluar spaghetti. Mereka mempunyai banyak jenis spaghetti di Niger. Nasi macam sama dgn nasi arab, tetapi Niger jarang makan nasi. Rakyat biasanya makan di rumah. Lebih kurang home made food is the special  food in the country. Ini kerana, orang di sini tidak ke restoran atau kedai makan untuk makan. Di situ dianggap sebagai satu taboo sekiranya mereka makan di restoran. Ini kerana, kebanyakan percaya yang hanya mereka yang miskin dan tidak mempunyai isteri yang pandai memasak sahaja yang makan di kedai.  Mereka yang menjalankan bisnes restoran sangat tidak mendapat sambutan. Di Niger sumber protein utama ialah daging. Ayam dan ikan sangat mahal dan susah untuk didapati. Berbeza dengan daging yang murah di sana. 
Apa harapan Aziz kepada orang Malaysia?
  • Bagi Aziz, orang Malaysia terutamanya para pelajar di UIAM perlu lebih bersikap mesra dengan pelajar antarabangsa yang lain dan belajar budaya satu sama lain. Bagi Aziz, UIAM merupakan medium yang paling mudah untuk pelajar di sini belajar mengenali budaya orang lain, communication is the key.
 
 

Tuan-tuan tanah bersama Aziz. Kami bersyukur sekali kerana dapat menemubual Aziz dan mengenali Niger yang sebelum ini tak pernah dikenali oleh ketiga-tiga tuan tanah pun. Kalau bukan kerana kekangan kelas masing-masing, saya yakin banyak lagi akan dikongsi oleh Aziz. Semoga kami dipertemukan lagi untuk sesama berkongsi idea dan cerita masing masing kelak. Akhir coretan, NIGER BUKAN NIGERIA!! 

No comments:

Post a Comment