Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha
Penyayang
Baiklah, kami akan menceritakan pertemuan kami yang
pertama bersama Sis Zoubeida.
Serba sedikit mengenai Sis Zoubeida.
Nama: Zoubeida Ali
Tarikh lahir: 9 Mac 1993
Asal: Comoros
Jurusan: Tahun tiga, Psikologi UIAM
Pertemuan kami diadakan di Kafe Mahallah Safiyyah dan ditemani oleh
kawannya iaitu Sis Azleen. Sis Azleen merupakan pelajar Malaysia.
Apa yang mengujakan kami pada awal perkenalan tersebut, dia amat sukakan
bahulu yang dihadiahkan oleh Sis Azleen. Tidak sangka pelajar antarabangsa amat
menyukai makanan tersebut. Orang Malaysia sendiri ada yang tidak suka makan
bahulu.
Kami memulakan perbualan dengan bertanyakan tentang negaranya iaitu
Comoros. Ibu negara Comoros ialah Moroni. Comoros merupakan sebuah pulau dan mempunyai tiga pulau yang lain
iaitu:
1.
Ngazidja (Paling besar)
2.
Moheli (Paling kecil)
3.
Anjouan
4.
Moyotte
Orang-orang Comoros menggunakan bahasa yang sama tetapi slanga yang
berlainan. Contohnya, Six (Enam), slanga lain panggil Ndadaru dan Sita.
Matawang negaranya dipanggil Franc. Hari kemerdekaan jatuh pada 6 Julai 1975 dan mengamalkan sistem demokrasi.
Matawang negaranya dipanggil Franc. Hari kemerdekaan jatuh pada 6 Julai 1975 dan mengamalkan sistem demokrasi.
Agama mereka di sana, dia mengatakan 100% orang Islam tetapi dia juga
ada dengar dari sumber yang tidak pasti 20%, orang bukan Islam dan mereka
bermazhab Syafie.
Seperti yang dikatakan oleh Sis Zoubeida, budayanya bukan jenis yang
malu seperti Malaysia, tidak kisah, dan amat berfikiran terbuka dalam semua
aspek. Mereka juga sangat mesra dan memberi salam kepada yang kenal ataupun
tidak kenal dan mereka tidak ada budaya menunduk sebagai tanda hormat tetapi mereka
mempunyai cara bersalaman yang unik iaitu meletakkan tapak tangan ke atas tapak
tangan yang satu lagi seperti ini:
Bagi dia, cara orang Malaysia bersalaman seperti
sujud dan sangat pelik. Huhuhu...
Boleh salam di dahi
Atau, di bawah dagu.
Ada juga dia bercerita jika menegur orang yang jarak jauh, jika kita
orang Malaysia mengangkat tangan, kemudian memberi salam atau memanggil nama
tetapi untuk orang Comoros, bagi orang yang tidak kenal, mereka bersalaman
seperti gambar pertama di atas dan berkata "Qwezi" dengan nada
yang lembut tetapi untuk orang yang mereka kenal, mereka salam dan cium pipi.
Dia juga menceritakan cara untuk minta laluan, jika orang Malaysia hendak minta
laluan, akan tunduk tetapi untuk orang Comoros, mereka cuma minta izin laluan
sambil menunjukkan isyarat tangan dan pergi tanpa tunduk. Mereka fikir seperti
sujud. Cara orang Malaysia bersalam dikatakan seperti sujud, cara minta izin
laluan pun dikatakan seperti sujud. Huhuhu... Ternyata
perbezaan budaya yang sangat ketara.
Satu lagi yang menarik perhatian kami iaitu dia ada juga mengatakan
bahawa makan sambil berdiri, bagi orang Comoros, tidak berpendidikan atau lebih
tepat seperti tidak senonoh.
Dia juga tidak tahu tentang konsep aurat yang sebenar di Comoros, tetapi
apabila dia datang ke Malaysia barulah dia tahu cara penutupan aurat yang
betul, namun mereka solat dan juga puasa. Mengenai memakai tudung di Comoros,
pandangan orang Comoros kelihatan sangat hodoh dan amat sukar untuk dia
terangkan konsep aurat yang sebenar di sana. Namun begitu, ahli keluarga mereka
sangat gembira dengan perubahan Sis Zoubeida dan dia digelar 'Ustazah'. Dia
juga ada kata, dia tidak boleh kalau tidak pakai hijab secara penuh. Kalau
dulu, dia kata pakai tudung tetapi nampak leher.
Apabila kami bertanyakan tentang orang-orang di sana, wujud atau tidak
orang yang berkulit cerah, dia kata ada seperti China, England, Amerika tetapi
tidaklah ramai. Orang India juga ada dan mereka menjalankan perniagaan hingga
menjadi kaya serta boleh cakap bahasa Comoros dengan baik sekali.
Comoros amat unik! :D
No comments:
Post a Comment