Friday 8 April 2016

Niger Bukan Nigeria

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, terima kasih diucapkan untuk para pembaca yang sudi menjenguk blog kami ini. Insya-Allah saya selaku tuan tanah ketiga untuk blog ini, turut mempunyai sedikit perkongsian tentang perbezaan budaya dan pengenalan kepada sebuah negara yang  kami telah didedahkan dalam pertemuan kedua kami dengan seorang brother yang sangat sporting dan terbuka untuk berkongsi sedikit pengetahuan tentang negaranya dan dalam tidak sedar telah menjadi duta kecil secara tidak langsung. Beruntung sungguh jikalau ada pemuda yang sebegini dalam semua acara. Senang nak promosikan acara atau apa pun, maklumlah suka mempromosikan isu. Huuuuuu~~

Baiklah, sebelum saya mengupas tentang apa yang telah dibincangkan dan dikongsikan bersama kami, moleklah sekiranya saya dedahkan kepada pembaca sekalian, siapakah gerangan brother yang semangat sangat jadi duta kecil tak bertaja itu.

 
Attani Makada Abdoul Aziz 
Major in Political Science,IIUM
1st Year 2nd Sem Student.

Okay. Inilah Abdoul Aziz atau lebih mudah dikenali dengan Aziz. Pada awal pertemuan, beliau nampak agak kekok dan nampak tidak sebegitu mesra tambahan lagi hanya seorang sahaja daripada kami yang pernah bersua muka dengan beliau sebelum ini. So agak krik krik krik sikit lah, Tapi setelah berjabat tangan dan sedikit taaruf ringkas sesama kami, Aziz mula menunjukkan bakat mempromosinya itu dan lebih terbuka. Selaku penanya soalan pada pertemuan itu, saya secara peribadinya rasa lebih berkeinginan dan teruja dengan apa yang bakal diceritakan oleh Aziz. Untuk memudahkan pemahaman apa yang kami bincangkan , saya akan jelaskan kronologi perbincangan ini di berdasarkan soalan yag telah dituju kepada Aziz dan jawapan berdasarkan apa yang diberitahu oleh beliau tetapi telah diubah dari segi susunan ayat. Yukkkk follow perbincangan kami.??


Ceritakan secara ringkas kepada kami tentang negara kamu? Maksudnya dari segi lokasi, pentadbiran, politik, ekonomi, dan sebagainya?

  • "Saya berasal dari Niger. Bukan Nigeria". Itulah antara bait-bait kata pertama yang keluar dari muut Aziz sebaik sahaja memulakan sesi penceritaan. Kebanyakan orang akan tersilap tentang Niger dan Nigeria sedangkan kedua negara ini berbeza. Niger berdekatan dengan Nigeria tetapi bukan sebahagian dari Nigeria sebaliknya sebuah negara yang bebas. Apa yang membezakan Niger dan Nigeria ialah, Niger telah dijajah oleh Perancis manakala Nigeria oleh British. Disebabkan itu juga, Niger menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa utama dan bahasa harian di dalam negara mereka. Dari segi pentadbiran pula, Niger menggunakan demokrasi berparlimen mengikut sistem Perancis. Ini bermakana mereka mempunyai Presiden dan juga Perdana Menteri.Pilihan raya diadakan 5 tahun sekali dan Presiden di Niger hanya boleh memegang jawatan selama  2 penggal berturut-turut sahaja. Setakat ini, Niger mempunyai 16 parti politik. Niger juga lagi besar daripada Nigeria. Rakyat di Niger kebanyakkan berasal dari puak-puak yang berbeza. Di Niger terdapat 7 puak utama dan puak inilah yang menjadi tunjang kekuatan Niger. Antara puak-puak tersebut ialah Hausa, Zharma, Fulani, Taurag, dan selebihnya. Dari segi ekonomi pula, sumber utama ekonomi di negara itu ialah minyak diikuti dengan pertanian. Namun begitu, Aziz mengakui bahawa negaranya bukanlah negara yang sedang membangun sepenuhnya dan pernah direkodkan sebagai negara yang paling korup. 


Bagaimana dengan budaya masyarakat di Niger, like what are the typical Niger act and behave? Adakah anda mempunyai body language dan sign yang tertentu?
 
  • Secara asasnya boleh dikatakan budaya atau sikap orang Niger adalah hampir sama. Kebanyakan dari mereka tidak mempunyai sifat malu yang melampau. Boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai fikiran yang terbuka dan tidak sama dengan budaya di Malaysia yang sukar untuk menjumpai orang yang terbuka. Kebanyakan kawan-kawan saya di Malayia mereka yang dari bandar sahaja yangg mudah untuk menerima orang lain berbeza dengan mereka yang datang dari kampung. Begitulah lebih kurang. Dari segi bahasa badannya pula, tidak banyak sangat menggunakan bahasa badan dan sign. Tetapi setelah samapai di Malaysia , cara salam orang Melayu yang mencium tangan orang yang lebih tua macam agak janggal bagi orang Niger. Hal ini kerana, di Niger kami biasanya tidak akan bersalaman dan mencium tangan, hanya sekadar mengangkat tangan dan meletakkannya di dada. Tidak kira kepada golongan muda atau tua action itu menunjukkan yang mereka hormat antara satu-sama lain. Tetapi di Niger, disebabkan rakyat datangnya dari puak yang berbeza-beza, masalah perbezaan puak akan sentiasa berlaku. Ini termasuklah jika ssesuatu pauak itu bertanyakan puak lain akan arah sesuatu tempat, mereka yang menjawabnya hanya akan menjawab acuh tak acuh hanya kerana mereka berbeza pauak. Aziz mengakui bahawa racism or tribism di Niger sangat serius.

Berapa ramai Muslim di Niger dan bagaimana tahap penerimaan terhadap perbezaan agama di sana?
  • Niger hampir 90% pendudukna beragama Islam. Hanya 10% yang lain-lain agama tetapi kebiasaanya yang orang yang bukan beragama Islam ini mereka tidak mempunyai agama sembahan. Mereka tidak beragama. Christian pula sangat sedikit, sehingga sebuah negara itu hanya mempunyai hanya satu gereja. Penerimaan terhadap  mereka yang tiada beragama boleh dikatakan okay. Tidak memksa mereka untuk memeluk Islam.

Aziz belajar di sini dengan biasiswa atau tanggungan dari keluarga sendiri? Bagaimana sistem pelajaran di sana?
  • Aziz ke sini dengan tanggungan dari keluarganya. Sistem pendidikan di Niger adalah seperti berikut; 
  1. Primary - 7 tahun- 12 tahun
  2. College- 13 tahun- 16 tahun
  3. Secondary - 17 tahun-19 tahun
  4. University- degree 3 tahun
        Agak lama sistem pendidkan di sana. Tetapi walaupun lama, di Niger pendidikan diraikan oleh itu  pendidikan percuma diberikan kepada semua rakyat dari sekolah rendah sehingga universiti. Sebab itu juga, keluarga saya mampu untuk menanggung saya di sisni, kerana adik-beradik yang lain mendapat pendidikan percuma oleh  kerajaan. Universiti di Niger banyak terdapat di ibu negara. Kiranya semua kampus utama berda di ibu kota. Namun begitu, setiap negeri mepunyai setiap cawangan dari univesiti-universiti itu.

Bagaimana dengan makanan? Do you have any special food ?
 
  • Makanan di sini tiada yang special. Tetapi, kebiasannya kami memakan spaghetti, kerana spaghetti dari negara mereka merupakan negara pengeluar spaghetti. Mereka mempunyai banyak jenis spaghetti di Niger. Nasi macam sama dgn nasi arab, tetapi Niger jarang makan nasi. Rakyat biasanya makan di rumah. Lebih kurang home made food is the special  food in the country. Ini kerana, orang di sini tidak ke restoran atau kedai makan untuk makan. Di situ dianggap sebagai satu taboo sekiranya mereka makan di restoran. Ini kerana, kebanyakan percaya yang hanya mereka yang miskin dan tidak mempunyai isteri yang pandai memasak sahaja yang makan di kedai.  Mereka yang menjalankan bisnes restoran sangat tidak mendapat sambutan. Di Niger sumber protein utama ialah daging. Ayam dan ikan sangat mahal dan susah untuk didapati. Berbeza dengan daging yang murah di sana. 
Apa harapan Aziz kepada orang Malaysia?
  • Bagi Aziz, orang Malaysia terutamanya para pelajar di UIAM perlu lebih bersikap mesra dengan pelajar antarabangsa yang lain dan belajar budaya satu sama lain. Bagi Aziz, UIAM merupakan medium yang paling mudah untuk pelajar di sini belajar mengenali budaya orang lain, communication is the key.
 
 

Tuan-tuan tanah bersama Aziz. Kami bersyukur sekali kerana dapat menemubual Aziz dan mengenali Niger yang sebelum ini tak pernah dikenali oleh ketiga-tiga tuan tanah pun. Kalau bukan kerana kekangan kelas masing-masing, saya yakin banyak lagi akan dikongsi oleh Aziz. Semoga kami dipertemukan lagi untuk sesama berkongsi idea dan cerita masing masing kelak. Akhir coretan, NIGER BUKAN NIGERIA!! 

Kenya dan Sis Nasra

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Kami menemu ramah pula seorang lagi pelajar antarabangsa yang bernama Sis Nasra.


Serba sedikit mengenai Sis Nasra

Nama: Nasra Musa
Asal: Kenya, Afrika
Jurusan: Tahun tiga, Kejuruteraan UIAM

Kami memulakan perbualan kami dengan bertanyakan mengenai tempat kelahirannya iaitu di Kenya yang terletak di Afrika. Kenya terletak di bahagian Timur Afrika. Ibu negara Kenya ialah Nairobi. Penduduknya mempunyai 50 juta orang dan menggunakan bahasa Swahili sebagai bahasa utama mereka. Mereka juga mempunyai 42 puak seperti Kikuyu, Kalenjin, dan Luo. Bermakna, mereka mempunyai 42 jenis bahasa yang berlainan. 

Kenya menggunakan sistem demokrasi di mana tidak mempunyai Perdana Menteri tetapi mempunyai Presiden dan Penolong Ketua Presiden. Dalam Kenya, terdapat tujuh buah daerah luar ibu negeri (provinces) dan pilihanraya mereka akan dijalankan lima tahun sekali dan pastinya terlalu banyak dan tidak terhad. Matawang yang digunakan oleh Kenya dipanggil 'Shilling'.

Orang Kenya merupakan orang yang sangat mesra, tidak malu, dan bising serta semua berkulit hitam. Walaupun mereka mempunyai 42 puak tetapi mereka bukanlah jenis yang memilih puak dan beliau ada mengatakan "Macam mana kami nak tahu dia tu dari puak Luo ke, Kikuyu ke? Tidak ada sebab untuk kami tidak melayan puak yang berlainan. Kami memang akan cakap Swahili dengan semua orang."

Kata Sis Nasra lagi, budak-budak di Kenya juga sama seperti Malaysia, kalau bising dianggap tidak sopan dan perlu cakap secara baik.

Sistem pendidikan di Kenya pula adalah seperti berikut:
  • Tadika
-Umur 3 tahun hingga 5 tahun
  • Sekolah rendah
-Umur 5 tahun hingga 13 tahun
  • Sekolah menengah
Umur 13 tahun hingga 17 tahun
  • Kolej atau Universiti
Kenya menggunakan sistem pendidikan 8,4,4.

Makanan ruji orang Kenya ialah jagung dan gandum tetapi lebih utama jagung yang dipanggil Ugali.


Sis Nasra ada mengatakan bahawa apabila pulang ke Kenya nanti, sesuatu yang dia akan rindu mengenai Malaysia ialah pelbagai jenis makanan yang terhidang dan makan hingga 6 kali sehari. Kalau di Kenya, mereka hanya makan tiga kali sehari. Kami ada tanyakan Sis Nasra sekiranya makan 6 kali sehari, apa persepsi orang di sana? Katanya "Nampak pelik sebab kami makan pagi, tengahari, dan malam. Tiada makan pagi, kemudian pukul 10, kemudian makan tengahari, kemudian hi-tea. Begitulah."

Dari segi pakaian tradisional orang Kenya pula dipanggil Maasai Shuka.


Bercerita mengenai hari perayaan di Kenya, kami menanyakan Sis Nasra, ada tak perayaan yang sangat istimewa selain Aidilfitri atau Aidiladha. Jawabnya, "Hari Hero atau dalam bahasanya Maashujaa, yakni hari untuk mengingati orang yang telah pergi yang menuntut kemerdekaan."

Cuti umum di Kenya juga bukan seperti di Malaysia yang mempuyai cuti negeri, cuti negeri itu, mereka cuti pun sekurang-kurangnya empat kali sahaja dalam setahun. Mereka juga mempunyai Hari Pekerja seperti di Malaysia yang cuti pada 1 Mei.

Memang berbeza dengan orang lain yang kami temu ramah. Walaupun mereka kelihatan serupa dari segi warna kulit tetapi sangat berbeza adatnya.

Sebelum kami mengakhiri perbualan kami dengan Sis Nasra, dia ada mengatakan tentang sifat positif dan negatif orang Malaysia.

Positif
-Sopan
-Hormat

Negatif
-Masalah bahasa
-Konservatif (Terlalu ingin mengekalkan keadaan yang sudah biasa)
-Malu untuk bercakap

Thursday 7 April 2016

Lagi Mengenai Comoros

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Masih tidak cukup untuk kami menceritakan mengenai Comoros dalam satu post. Ada banyak lagi yang kami mahu ceritakan.





Pengalaman pertama Sis Zoubeida di Malaysia
Pada tahun pertama dia di Malaysia, ketika itu dia sebilik dengan semua orang Melayu. Jadi, ketika dia pergi ke tandas dan hendak masuk ke bilik, rakan biliknya buka pintu, kemudian tutup. Berkali-kali dia ketuk pintu tetapi tidak dilayan dan pandangan dia ketika itu, orang Malaysia sangat kurang ajar dan merasakan tidak mesra.

Namun begitu, dia tidak berputus asa untuk mendekati kawan-kawan Malaysia dengan belanja makanan atau apa-apa hingga membuatkan kawan-kawan Malaysianya merasakan bahawa dia bukanlah seorang yang jahat seperti yang digambarkan dalam cerita bahawa orang yang berkulit gelap adalah orang yang jahat.


Tegur dan cara bertanyakan arah
Bagi orang Comoros, apabila mereka jumpa orang yang kenal atau tidak kenal, mereka akan tegur kerana bagi mereka, menegur orang itu menunjukkan seseorang itu berpendidikan.

Kalau orang Malaysia menunjukkan ibu jari dari satu arah ke satu arah yang lain tetapi tidak untuk orang Comoros. Mereka akan bawa terus orang yang bertanyakan arah sampai ke tempat destinasi.

Pakaian Tradisional Comoros
1. Sahara
2. Subayah

Cuba cari gambar melalui Google Image tetapi tidak dijumpai.


Makanan
1. Nasi dengan kari
2. Suka makanan pedas
3. Kalau masak, rempah pedas diasingkan takut ada yang tidak makan pedas, bukan seperti di Malaysia, sekalikan.
4. Tidak suka makanan yang berminyak.
5. Biasanya makan pisang hijau, dimasukkan daging atau ikan atau kentang dimasukkan sekali daging atau ikan

Perayaan
1. Aidilfitri
-Beri duit raya dan gula-gula kepada kanak-kanak

2. Aidiladha

Bagi dua perayaan ini, kata Sis Zoubeida, dia tidak tahu bahawa perempuan boleh solat sunat untuk kedua-dua Eid ini dan juga dia tidak tahu bahawa orang perempuan boleh juga Solat Jumaat. Dia juga kata, bahawa lelaki dan perempuan boleh bersalaman dan bagi mereka tidak rasa apa-apa.

3. Hari Merdeka

Perkahwinan
Ada satu topik yang menarik perhatian kami iaitu mengenai majlis perkahwinan di Comoros. Katanya, mereka akan sambut selama enam hari enam malam berturut-turut dan hari-hari tersebut mempunyai nama-nama yang tersendiri.

  • Majlis
-Lelaki akan pergi ke satu tempat istimewa dan orang-orang terdekat akan beri nasihat kepada pengantin lelaki tersebut.
-Bagi goodie bag, isi biskut dan air seperti Coca Cola atau Pepsi.
-Tetamu istimewa akan beri duit
  • Djaliho atau Goma
-Selepas solat Isyak, kaum lelaki dan perempuan akan pergi berarak untuk menari. Katanya, jarak menari seperti dari Stadium Saidina Hamzah ke tangga utama UIAM sebagai tanda untuk menunjukkan bahawa ada majlis perkahwinan.
  • Toirab
Dalam pukul 11 malam atau pukul 12 pagi, kaum lelaki akan menyanyi dan menari, orang akan berikan wang. 
  • Dainar (Dinar)
-Kaum perempuan akan letakkan makanan di atas meja dan panjang meja tersebut ibarat dari Mahallah Safiyyah ke pintu keluar UIAM dan pembaca boleh bayangkan sendiri betapa banyaknya makanan mereka.
-Selepas isyak, mereka akan makan.
  • Woupveha Zindro Na Mahari
-Selepas Zuhur, isteri atau suami akan beri televisyen, radio, peti ais, kipas atau apa-apa sahaja sebagai hadiah tetapi kebiasannya isteri yang hadiahkan kepada suami.
-Suami akan memberikan mas kahwin sekurang-kurangnya RM10,000 mengikut matawang Malaysia.
-Suami juga akan berikan kepada isteri sebuah kereta, lembu, emas. Bercerita mengenai emas, suami akan beli tiga buah papan dan pada papan tersebut akan digantung emas hingga penuh.
  • Wukumbi
-Pada pukul 9 malam, pengantin perempuan akan memakai pakaian yang paling cantik dan mekap yang teramat cantik ibarat seperti artis. Sebelum pengantin perempuan tiba, mereka akan menari dan menyanyi.
-Kemudian, pasangan suami dan isteri akan memaut lengan bersama dan duduk di atas sofa. Beg akan diletakkan di atas peha isteri bagi tetamu memasukkan duit ke dalam beg tersebut. Biasanya, dua buah beg disediakan dan duit tersebut akan dapat pada pengantin perempuan 100%.

Majlis enam hari enam malam ini biasanya untuk orang yang berkemampuan tetapi bagi yang tidak berkemampuan, mereka akan mengadakan majlis selama satu atau dua hari.

Pada akhir kata Sis Zoubeida, dia kata bahawa dia amat terkejut kaum lelaki di Malaysia menjadi tukang cuci pinggan dan tukang masak. Katanya, orang lelaki Comoros dilarang untuk buat kerja-kerja sedemikian. Orang lelaki hanya makan sahaja.

Ternyata sangat-sangat berbeza budaya Malaysia dan Comoros. Namun begitu, kami amat gembira dapat berkenalan dengan Sis Zoubeida dan amat berterima kasih padanya kerana sudi ditemuramah. Moga Allah meredhainya.


Wednesday 6 April 2016

Comoros, Sebuah Pulau

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Baiklah, kami akan menceritakan pertemuan kami yang pertama bersama Sis Zoubeida.



  
Serba sedikit mengenai Sis Zoubeida.

Nama: Zoubeida Ali
Tarikh lahir: 9 Mac 1993
Asal: Comoros
Jurusan: Tahun tiga, Psikologi UIAM

Pertemuan kami diadakan di Kafe Mahallah Safiyyah dan ditemani oleh kawannya iaitu Sis Azleen. Sis Azleen merupakan pelajar Malaysia.

Apa yang mengujakan kami pada awal perkenalan tersebut, dia amat sukakan bahulu yang dihadiahkan oleh Sis Azleen. Tidak sangka pelajar antarabangsa amat menyukai makanan tersebut. Orang Malaysia sendiri ada yang tidak suka makan bahulu.

Kami memulakan perbualan dengan bertanyakan tentang negaranya iaitu Comoros. Ibu negara Comoros ialah Moroni. Comoros merupakan sebuah pulau dan mempunyai tiga pulau yang lain iaitu:
1.     Ngazidja (Paling besar)
2.     Moheli (Paling kecil)
3.     Anjouan
4.     Moyotte

Orang-orang Comoros menggunakan bahasa yang sama tetapi slanga yang berlainan. Contohnya, Six (Enam), slanga lain panggil Ndadaru dan Sita

Matawang negaranya dipanggil Franc. Hari kemerdekaan jatuh pada 6 Julai 1975 dan mengamalkan sistem demokrasi.

Agama mereka di sana, dia mengatakan 100% orang Islam tetapi dia juga ada dengar dari sumber yang tidak pasti 20%, orang bukan Islam dan mereka bermazhab Syafie.

Seperti yang dikatakan oleh Sis Zoubeida, budayanya bukan jenis yang malu seperti Malaysia, tidak kisah, dan amat berfikiran terbuka dalam semua aspek. Mereka juga sangat mesra dan memberi salam kepada yang kenal ataupun tidak kenal dan mereka tidak ada budaya menunduk sebagai tanda hormat tetapi mereka mempunyai cara bersalaman yang unik iaitu meletakkan tapak tangan ke atas tapak tangan yang satu lagi seperti ini:



Bagi dia, cara orang Malaysia bersalaman seperti sujud dan sangat pelik. Huhuhu...

Boleh salam di dahi


                                 
 Atau, di bawah dagu.


Ada juga dia bercerita jika menegur orang yang jarak jauh, jika kita orang Malaysia mengangkat tangan, kemudian memberi salam atau memanggil nama tetapi untuk orang Comoros, bagi orang yang tidak kenal, mereka bersalaman seperti gambar pertama di atas dan berkata "Qwezi" dengan nada yang lembut tetapi untuk orang yang mereka kenal, mereka salam dan cium pipi. Dia juga menceritakan cara untuk minta laluan, jika orang Malaysia hendak minta laluan, akan tunduk tetapi untuk orang Comoros, mereka cuma minta izin laluan sambil menunjukkan isyarat tangan dan pergi tanpa tunduk. Mereka fikir seperti sujud. Cara orang Malaysia bersalam dikatakan seperti sujud, cara minta izin laluan pun dikatakan seperti sujud. Huhuhu... Ternyata perbezaan budaya yang sangat ketara.

Satu lagi yang menarik perhatian kami iaitu dia ada juga mengatakan bahawa makan sambil berdiri, bagi orang Comoros, tidak berpendidikan atau lebih tepat seperti tidak senonoh. 

Dia juga tidak tahu tentang konsep aurat yang sebenar di Comoros, tetapi apabila dia datang ke Malaysia barulah dia tahu cara penutupan aurat yang betul, namun mereka solat dan juga puasa. Mengenai memakai tudung di Comoros, pandangan orang Comoros kelihatan sangat hodoh dan amat sukar untuk dia terangkan konsep aurat yang sebenar di sana. Namun begitu, ahli keluarga mereka sangat gembira dengan perubahan Sis Zoubeida dan dia digelar 'Ustazah'. Dia juga ada kata, dia tidak boleh kalau tidak pakai hijab secara penuh. Kalau dulu, dia kata pakai tudung tetapi nampak leher.

Apabila kami bertanyakan tentang orang-orang di sana, wujud atau tidak orang yang berkulit cerah, dia kata ada seperti China, England, Amerika tetapi tidaklah ramai. Orang India juga ada dan mereka menjalankan perniagaan hingga menjadi kaya serta boleh cakap bahasa Comoros dengan baik sekali.


Comoros amat unik! :D

Tuesday 5 April 2016

Pengenalan

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Lagi  Maha Mengasihani


Selamat datang ke blog Kembara Jelajah Dunia yang bakal menceritakan mengenai tiga orang mahasiswa dalam menemu ramah beberapa orang pelajar luar negara untuk mengetahui budaya dan negara mereka.

Ahli kumpulan yang terlibat, terdiri daripada Adilah binti Zulkiffli, Tengku Faiz Sani bin Tengku Abdullah Sani, dan Nik Mohamed Fariz bin Nek Hassan.

Blog ini merupakan kerja kursus untuk pelajar MLCOM (Malay for International Communication atau Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa) iaitu BMCO 2101, subjek Komunikasi Antara Budaya yang diajar oleh Sir Mohd Nadzrin bin Abdul Wahab yang telah memberikan gambaran dan ilmu mengenai budaya lain serta memahami perbezaan budaya di Malaysia dan di negara-negara yang lain.

Selamat meneroka budaya lain melalui blog ini. Terima kasih.