Friday 8 April 2016

Kenya dan Sis Nasra

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Kami menemu ramah pula seorang lagi pelajar antarabangsa yang bernama Sis Nasra.


Serba sedikit mengenai Sis Nasra

Nama: Nasra Musa
Asal: Kenya, Afrika
Jurusan: Tahun tiga, Kejuruteraan UIAM

Kami memulakan perbualan kami dengan bertanyakan mengenai tempat kelahirannya iaitu di Kenya yang terletak di Afrika. Kenya terletak di bahagian Timur Afrika. Ibu negara Kenya ialah Nairobi. Penduduknya mempunyai 50 juta orang dan menggunakan bahasa Swahili sebagai bahasa utama mereka. Mereka juga mempunyai 42 puak seperti Kikuyu, Kalenjin, dan Luo. Bermakna, mereka mempunyai 42 jenis bahasa yang berlainan. 

Kenya menggunakan sistem demokrasi di mana tidak mempunyai Perdana Menteri tetapi mempunyai Presiden dan Penolong Ketua Presiden. Dalam Kenya, terdapat tujuh buah daerah luar ibu negeri (provinces) dan pilihanraya mereka akan dijalankan lima tahun sekali dan pastinya terlalu banyak dan tidak terhad. Matawang yang digunakan oleh Kenya dipanggil 'Shilling'.

Orang Kenya merupakan orang yang sangat mesra, tidak malu, dan bising serta semua berkulit hitam. Walaupun mereka mempunyai 42 puak tetapi mereka bukanlah jenis yang memilih puak dan beliau ada mengatakan "Macam mana kami nak tahu dia tu dari puak Luo ke, Kikuyu ke? Tidak ada sebab untuk kami tidak melayan puak yang berlainan. Kami memang akan cakap Swahili dengan semua orang."

Kata Sis Nasra lagi, budak-budak di Kenya juga sama seperti Malaysia, kalau bising dianggap tidak sopan dan perlu cakap secara baik.

Sistem pendidikan di Kenya pula adalah seperti berikut:
  • Tadika
-Umur 3 tahun hingga 5 tahun
  • Sekolah rendah
-Umur 5 tahun hingga 13 tahun
  • Sekolah menengah
Umur 13 tahun hingga 17 tahun
  • Kolej atau Universiti
Kenya menggunakan sistem pendidikan 8,4,4.

Makanan ruji orang Kenya ialah jagung dan gandum tetapi lebih utama jagung yang dipanggil Ugali.


Sis Nasra ada mengatakan bahawa apabila pulang ke Kenya nanti, sesuatu yang dia akan rindu mengenai Malaysia ialah pelbagai jenis makanan yang terhidang dan makan hingga 6 kali sehari. Kalau di Kenya, mereka hanya makan tiga kali sehari. Kami ada tanyakan Sis Nasra sekiranya makan 6 kali sehari, apa persepsi orang di sana? Katanya "Nampak pelik sebab kami makan pagi, tengahari, dan malam. Tiada makan pagi, kemudian pukul 10, kemudian makan tengahari, kemudian hi-tea. Begitulah."

Dari segi pakaian tradisional orang Kenya pula dipanggil Maasai Shuka.


Bercerita mengenai hari perayaan di Kenya, kami menanyakan Sis Nasra, ada tak perayaan yang sangat istimewa selain Aidilfitri atau Aidiladha. Jawabnya, "Hari Hero atau dalam bahasanya Maashujaa, yakni hari untuk mengingati orang yang telah pergi yang menuntut kemerdekaan."

Cuti umum di Kenya juga bukan seperti di Malaysia yang mempuyai cuti negeri, cuti negeri itu, mereka cuti pun sekurang-kurangnya empat kali sahaja dalam setahun. Mereka juga mempunyai Hari Pekerja seperti di Malaysia yang cuti pada 1 Mei.

Memang berbeza dengan orang lain yang kami temu ramah. Walaupun mereka kelihatan serupa dari segi warna kulit tetapi sangat berbeza adatnya.

Sebelum kami mengakhiri perbualan kami dengan Sis Nasra, dia ada mengatakan tentang sifat positif dan negatif orang Malaysia.

Positif
-Sopan
-Hormat

Negatif
-Masalah bahasa
-Konservatif (Terlalu ingin mengekalkan keadaan yang sudah biasa)
-Malu untuk bercakap

No comments:

Post a Comment