Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha
Penyayang
Masih tidak cukup untuk kami menceritakan mengenai
Comoros dalam satu post. Ada banyak lagi yang kami mahu ceritakan.
Pengalaman pertama Sis Zoubeida di Malaysia
Pada tahun pertama dia di Malaysia, ketika itu dia sebilik dengan semua
orang Melayu. Jadi, ketika dia pergi ke tandas dan hendak masuk ke bilik, rakan
biliknya buka pintu, kemudian tutup. Berkali-kali dia ketuk pintu tetapi tidak
dilayan dan pandangan dia ketika itu, orang Malaysia sangat kurang ajar dan
merasakan tidak mesra.
Namun begitu, dia tidak berputus asa untuk mendekati kawan-kawan
Malaysia dengan belanja makanan atau apa-apa hingga membuatkan kawan-kawan
Malaysianya merasakan bahawa dia bukanlah seorang yang jahat seperti yang
digambarkan dalam cerita bahawa orang yang berkulit gelap adalah orang yang
jahat.
Tegur dan cara bertanyakan arah
Bagi orang Comoros, apabila mereka jumpa orang yang kenal atau tidak
kenal, mereka akan tegur kerana bagi mereka, menegur orang itu menunjukkan
seseorang itu berpendidikan.
Kalau orang Malaysia menunjukkan ibu jari dari satu arah ke satu arah yang lain tetapi tidak untuk orang Comoros. Mereka akan bawa terus orang yang bertanyakan arah sampai ke tempat destinasi.
Pakaian Tradisional Comoros
1. Sahara
2. Subayah
Cuba cari gambar melalui Google Image tetapi tidak
dijumpai.
Makanan
1. Nasi dengan kari
2. Suka makanan pedas
3. Kalau masak, rempah pedas diasingkan takut ada yang tidak makan
pedas, bukan seperti di Malaysia, sekalikan.
4. Tidak suka makanan yang berminyak.
5. Biasanya makan pisang hijau, dimasukkan daging atau ikan atau kentang
dimasukkan sekali daging atau ikan
Perayaan
1. Aidilfitri
-Beri duit raya dan gula-gula kepada kanak-kanak
2. Aidiladha
Bagi dua perayaan ini, kata Sis Zoubeida, dia tidak tahu bahawa
perempuan boleh solat sunat untuk kedua-dua Eid ini dan juga
dia tidak tahu bahawa orang perempuan boleh juga Solat Jumaat. Dia juga kata,
bahawa lelaki dan perempuan boleh bersalaman dan bagi mereka tidak rasa
apa-apa.
3. Hari Merdeka
Perkahwinan
Ada satu topik yang menarik perhatian kami iaitu mengenai majlis
perkahwinan di Comoros. Katanya, mereka akan sambut selama enam hari enam malam
berturut-turut dan hari-hari tersebut mempunyai nama-nama yang tersendiri.
- Majlis
-Lelaki akan pergi ke satu tempat istimewa dan orang-orang terdekat akan
beri nasihat kepada pengantin lelaki tersebut.
-Bagi goodie bag, isi biskut dan air seperti Coca Cola atau
Pepsi.
-Tetamu istimewa akan beri duit
- Djaliho
atau Goma
-Selepas solat Isyak, kaum lelaki dan perempuan akan pergi berarak untuk
menari. Katanya, jarak menari seperti dari Stadium Saidina Hamzah ke tangga
utama UIAM sebagai tanda untuk menunjukkan bahawa ada majlis perkahwinan.
- Toirab
Dalam pukul 11 malam atau pukul 12 pagi, kaum lelaki akan menyanyi dan
menari, orang akan berikan wang.
- Dainar
(Dinar)
-Kaum perempuan akan letakkan makanan di atas meja dan panjang meja
tersebut ibarat dari Mahallah Safiyyah ke pintu keluar UIAM dan pembaca boleh
bayangkan sendiri betapa banyaknya makanan mereka.
-Selepas isyak, mereka akan makan.
- Woupveha
Zindro Na Mahari
-Selepas Zuhur, isteri atau suami akan beri televisyen, radio, peti ais,
kipas atau apa-apa sahaja sebagai hadiah tetapi kebiasannya isteri yang
hadiahkan kepada suami.
-Suami akan memberikan mas kahwin sekurang-kurangnya RM10,000 mengikut
matawang Malaysia.
-Suami juga akan berikan kepada isteri sebuah kereta, lembu, emas.
Bercerita mengenai emas, suami akan beli tiga buah papan dan pada papan
tersebut akan digantung emas hingga penuh.
- Wukumbi
-Pada pukul 9 malam, pengantin perempuan akan memakai pakaian yang
paling cantik dan mekap yang teramat cantik ibarat seperti artis. Sebelum
pengantin perempuan tiba, mereka akan menari dan menyanyi.
-Kemudian, pasangan suami dan isteri akan memaut lengan bersama dan
duduk di atas sofa. Beg akan diletakkan di atas peha isteri bagi tetamu
memasukkan duit ke dalam beg tersebut. Biasanya, dua buah beg disediakan dan
duit tersebut akan dapat pada pengantin perempuan 100%.
Majlis enam hari enam malam ini biasanya untuk orang yang berkemampuan
tetapi bagi yang tidak berkemampuan, mereka akan mengadakan majlis selama satu
atau dua hari.
Pada akhir kata Sis Zoubeida, dia kata bahawa dia amat terkejut kaum lelaki
di Malaysia menjadi tukang cuci pinggan dan tukang masak. Katanya, orang lelaki
Comoros dilarang untuk buat kerja-kerja sedemikian. Orang lelaki hanya makan
sahaja.
Ternyata sangat-sangat berbeza budaya Malaysia dan Comoros. Namun
begitu, kami amat gembira dapat berkenalan dengan Sis Zoubeida dan amat
berterima kasih padanya kerana sudi ditemuramah. Moga Allah meredhainya.
No comments:
Post a Comment